Trafik laman web ni apa sebenarnya? Sebelum saya nak bercerita lanjut tentang hal ini, saya sudah menulis tentang isu sebuah perniagaan yang mengabaikan kepentingan sesebuah laman web atau website ni. Okay. Sekarang kita patah balik objektif sebenar penulisan ni. Mesti ramai tertanya – tanya kan?
Baca Lanjut: 3 Rahsia Kenapa Bisnes Anda Perlukan Website
Trafik laman web ini merujuk kepada jumlah pengguna web yang mengunjungi sesebuah laman web. Berapa ramai pengguna yang mengunjungi laman web akan bergantung pada tujuan sesebuah laman web itu, tujuan pengguna sendiri, dan cara mereka menemui laman web tersebut.
Ia diukur dengan cara lawatan pengguna ke laman web tersebut. Kadang – kadang, ia disebut ‘sesi’ dan ini merupakan cara yang biasa untuk mengukur keberkesanan perniagaan dalam talian untuk menarik pembaca.
Apa itu sesi?
Sesi ini adalah satu terma di mana apabila seseorang pengguna melawat ke satu halaman laman web. Kemudian pengguna tersebut melayari beberapa halaman lain di dalam laman web tersebut dan mengambil tindakan. Ini lah yang disebut sebagai sesi.
Adakah ia penting?
Trafik dianggap penting untuk menentukan kejayaan laman web. Tidak dinafikan, ramai yang melibatkan diri dengan membuat laman web sebagai hobi. Contoh seperti seorang blogger yang berkongsi pengalaman melancong. Ada juga blogger yang berkongsi kisah makanan yang dimakan setiap hari. Bagi mereka, mungkin mereka tidak menganggap trafik laman web itu penting kerana mereka hanya suka – suka untuk berkongsi pengalaman mereka.
Namun, lain pula bagi sesebuah perniagaan dan organisasi yang memahami perkara ini adalah penting dan harus mengenal pasti cara untuk perbaikinya. Hal ini adalah kerana ia adalah asas untuk pertumbuhan perniagaan yang konsisten.
Bukan Itu Sahaja …
Ketika e-dagang bermula pada tahun 1990-an, metrik trafik laman web pertama kali dilihat sebagai kaedah terpenting untuk menentukan populariti laman web. Hal ini adalah kerana metrik lain belum ada untuk mengukur kejayaan dalam talian. Apabila pemilik perniagaan digital semakin pintar, mereka menganalisis prestasi laman web menjadi lebih komprehensif.
Penganalisis tak akan tanya, “berapa ramai pengguna dah melawat laman web ni?” Sekarang, mereka lebih menumpukan perhatian kepada aspek – aspek berikut:
#1. Berapa lama pengguna menghabiskan masa berada di sesebuah laman web?
Sekiranya laman web itu mendapat trafik yang ramai tetapi pengguna pergi setelah beberapa saat sahaja, tak bermakna lah sesebuah laman web itu. Sebab apa? Sebab metrik seperti kadar pantulan atau Bounce Rate dan masa di halaman laman web menggambarkan sebenarnya apa kelakuan pengguna.
#2. Berapa peratus % pengguna yang membuat pembelian?
Cara perniagaan dalam talian untuk berkembang adalah dengan memerlukan audiens yang ramai. Tetapi bukan setakat ramai sahaja. Ia perlu lah tepat! Dengan menentukan berapa ramai pengguna membeli produk yang biasanya diukur dengan kadar penukaran atau Conversion Rate, menunjukkan sama ada kedai e-dagang tersebut menjual produk mereka dengan berkesan atau tidak.
#3. Berapakah kos untuk membawa pengunjung ke laman web?
Sesetengah trafik laman web adalah percuma tetapi banyak kedai dalam talian yang bergantung pada trafik berbayar seperti PPC – Pay Per Click untuk menyokong dan mengembangkan perniagaan mereka. Kos Memperoleh Pelanggan atau Cost of Acquiring Customers (CAC) dan Kos Per Pemerolehan atau Cost Per Acquisition (CPA) boleh dikatakan 2 metrik e-dagang yang paling penting. Apabila kedua – dua ini sudah seimbang dengan Nilai Pesanan Purata atau Average Order Value (AOV) dan Nilai Seumur Hidup Pelanggan atau Customer Lifetime Value (CLV), sesebuah perniagan itu akan dapat menilai dan menyesuaikan perbelanjaan iklannya jika perlu.
Akhir kata,
Menjaga konsistensi laman web anda adalah faktor yang penting. Sekiranya konsistensi anda dijaga, maka domain authority laman web juga akan meningkat. Anda harus bersabar kerana SEO tidak akan berfungsi dalam masa satu malam. Ia akan mengambil masa yang agak lama sebeum anda dapat melihat hasilnya.
Baca Juga: Trend Pengiklanan Digital Pada Tahun 2020