“Content menarik di media sosial ni susah lah nak buat.”
Pernah tak anda terfikir content apa yang menarik untuk dikongsikan di sosial media? Pernah tak juga anda serabut mencari content yang akan membantu anda mendapat like dan share yang banyak di Facebook dan rangkaian sosial media yang lain?
Anda suka atau tidak, media sosial adalah medium yang penting untuk mempromosikan bisnes anda. Tanpa strategi yang kuat dan berkesan, anda berisiko ketinggalan di belakang berbanding pesaing hebat yang lain.
Inilah kenyataannya! Sekiranya anda tidak memenuhi kehendak pelanggan anda, persaingan yang sengit akan berlaku. Boleh ke anda bertahan lama dalam industri jika ada persaingan yang begitu sengit?
Jangan risau! Inilah sebabnya saya berkongsi 3 Tips Content Menarik Di Sosial Media yang anda boleh cuba hari ini!
3 Tips Content Menarik Di Media Sosial
1. Infografik
Siapa kat sini tak suka dengan infografik? Infografik yang menarik dan bermaklumat sentiasa disukai oleh ramai orang. Tambahan pula, minda manusia akan berfungsi lebih baik jika terdapat gambar pada sesuatu ayat. Oleh disebabkan itu, lebih ramai orang membaca infografik
Kajian ada mengatakan bahawa otak manusia lebih mengingati 90% informasi berbentuk visual berbanding informasi berbentuk perkataan sahaja tanpa sebarang visual.
2. Live Streaming (Siaran Langsung)
Live streaming di Facebook adalah satu kemestian! Ini adalah cara yang paling berkesan untuk membina hubungan secara langsung dengan pelanggan anda. Setelah anda sudah menamatkan Live Streaming, anda boleh pilih sama ada anda ingin memuatnaik semula kandungan Live Streaming tersebut di Facebook atau tidak. Ini kerana pengguna boleh menonton semula video tersebut walaupun sudah tamat.
Percaya atau tidak, anda boleh menggunakan Facebook Live sebagai medium untuk membuat Live Streaming. Dalam pada anda buat Live Streaming tu, anda boleh promosikan produk anda. 2 dalam 1!
3. Webinars
Dalam musim Covid 19 sekarang, banyak syarikat mahupun institusi mengambil pendekatan menggunakan webinars sebagai medium untuk berkomunikasi secara langsung dengan pengguna. Anda boleh memuatnaik webinar yang dirakam ke Facebook atau Youtube.
Apa itu webinars? Webinars boleh jadi seminar, latihan, atau apa – apa bentuk pendidikan dengan dijalan dalam talian. Pelbagai topik menarik boleh dibincangkan di webinars.
Anda boleh menarik perhatian pelanggan atau bina hubungan rapat dengan pelanggan supaya mereka berasa dekat dengan anda. Topik yang dibincangkan harus lah yang memberi informasi berguna supaya pelanggan sentiasa inginkan video berinformasi daripada anda.
Kesimpulannya,
Banyak cara boleh diguna pakai oleh pemilik perniagaan untuk menambat hati pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan. Dunia digital sekarang membolehkan kita untuk mengakses apa jua jenis aplikasi dalam talian untuk berhubung secara langsung dengan pelanggan. Tetapi, ia harus lah bergerak seiring dengan content yang menarik. Jadi, jangan lupa untuk mempraktikkan tips yang berguna ini. Selamat mencuba!