Seperti di artikel-artikel sebelum ini yang kami pernah keluarkan, banyak kali kami tekankan bahawa penggunaan media sosial dalam bisnes online adalah sangat penting. Dengan perkembangan pesat dalam teknologi digital terkini membawa kepada suatu perubahan model bisnes yang sedia ada. Mana-mana bisnes yang masih dengan cara tradisional, diharapkan boleh mengambil peluang ini untuk bertukar ke bisnes online.
Penggunaan media sosial dalam bisnes online menjadi topik perbualan hangat di mana saja anda berada. Seperti anda sedia tahu, mempromosikan bisnes di media sosial dapat meluaskan sasaran audiens anda. Sebenarnya, platform media sosial ini lah cara yang paling berkesan dan mudah. Serta, tidak memerlukan kos yang tinggi untuk perkenalkan jenama anda kepada pengguna di luar sana. Terdapat beberapa sebab mengapa media sosial wajib digunakan oleh semua usahawan di luar sana.
#1. Media Sosial Sebagai Pusat Jualan Bisnes Online
Proses menjual anda akan jadi lebih mudah dan senang bila anda ada sasaran audiens yang lebih luas! Formulanya mudah. Semakin ramai pelanggan anda, semakin tinggi lah jualan anda.
Cuba anda bayangkan jika anda ada satu kedai. Tapi, kedudukan kedai tersebut ternyata kurang strategik dan menyebabkan jualan anda tak naik-naik dari dulu. Jenuh anda memerah otak dan serabut memikirkan untuk menaikkan jualan barangan anda. Caranya mudah sahaja. Bertukar lah ke online. Pasti barangan anda dapat dijual dan jualan anda pun bertambah naik!
#2. Jimat Kos Pemasaran
Seperti yang kami beritahu tadi, dengan menggunakan media sosial untuk bisnes online anda, proses penjualan akan menjadi lebih mudah. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan kos pemasaran anda. Hal ini kerana, anda tidak perlu menghabiskan duit untuk membuat promosi secara tradisional.
Contohnya seperti menggunakan flyers, brochure, dan pelbagai bahan cetak. Jika anda boleh mengambil pendekatan untuk menggunakan cara yang murah, kenapa tidak? Selain memudahkan anda untuk menjual barangan anda, ia juga akan memudahkan pelanggan untuk membeli. Win-win situation bak kata orang Barat. Pengalaman pelanggan yang baik perlu kita jaga. Mari kita bincangkan di point seterusnya.
#3. Pengalaman Pelanggan Dapat Dipertingkatkan
Pelanggan akan sentiasa gembira sekiranya maklumat yang disediakan adalah lengkap. Pertanyaan yang tepat dengan persoalan yang ditanya juga akan membuat pelanggan berasa gembira. Jadi, pengalaman pengguna seperti ini yang kita mahu terapkan dalam bisnes online kita. Pelanggan yang gembira membawa lebih banyak jualan! Jadi bagaimana media sosial boleh meningkatkan pengalaman pelanggan?
Media sosial membolehkan peniaga berkomunikasi secara pantas tanpa sempadan dengan pelanggan dan mana-mana organisasi. Ini bagi memastikan keputusan yang dibuat, antara dua pihak adalah selari dengan apa yang diminta. Kemudian, sekiranya terdapat apa-apa permasalahan, dapat lah ditangani dengan cepat sebelum perkara menjadi besar. Media sosial juga dapat menghubungkan anda dengan kumpulan sasaran yang luas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Penggerak Kepada Bisnes Online Ialah Media Sosial
Dunia perniagaan kini semakin mencabar dari sehari ke sehari. Anda perlu tampil berbeza daripada yang lain untuk lebih menonjol. Tambahan, teknologi semakin berkembang dan jika anda masih di takuk yang sama, peluang untuk menikmati jualan yang banyak sukar dicapai. Ramai peniaga di luar sana yang berpusu-pusu bertukar ke bisnes online sekarang. Takkan anda masih lagi dengan cara bisnes yang sama?
Untuk menarik perhatian pelanggan di media sosial sebenarnya tidak lah sesukar yang disangka. Anda hanya perlu hasilkan grafik media sosial dan copywriting yang menarik dan memukau.
Dengan grafik yang menarik dan copywriting yang power di media sosial, anda akan dapat menarik lebih ramai lagi pelanggan dan secara tidak langsung boleh menaikkan jualan anda. Semoga kita semua diberi kemudahan dan kesenangan dalam menjalankan bisnes online walaupun ada banyak cabaran sekarang. Apa-apa pun kita perlu usaha dahulu!
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!