Description
Motosikal Yamaha 135LC merupakan model yang cukup ikonik di Malaysia. Legasi ini kini diteruskan dengan pengenalan Yamaha 135LC Fi generasi terbaru yang hadir dengan suntikan bahan api dan rekaan ciri-ciri utilitarian baharu untuk keperluan para penunggang Malaysia yang moden.
>> YAMAHA PREMIUM BASKET *Didatangkan khas untuk Model SE sahaja*
Bakul Yamaha 2-dalam-1 yang direka khas untuk penyimpanan tambahan. Ia hadir dengan ruang soket pengecas USB tertutup untuk perlindungan alatan mudah alih semasa digunakan. Port USB | Kalis air | Bukaan tempat duduk lebih luas
>> ENJIN SUNTIKAN BAHAN API EU4 SERBA BAHARU
Dikuasakan oleh enjin klac automatik 135cc baharu dengan suntikan bahan api dan sejukan cecair, mematuhi piawaian EU4 untuk meningkatkan lagi prestasi enjin yang lebih lancar.
>> CARA MUDAH MEMBUKA TEMPAT DUDUK
Dengan memusingkan kunci ke kiri, anda kini boleh membuka tempat duduk dengan mudah tanpa perlu menarik keluar kunci.
>> KERANGKA YANG LEBIH RINGAN DAN KUKUH
Direka sepenuhnya menjadikan model generasi ini lebih dinamik dan ergonomik sesuai untuk tunggangan harian.
>> TANGKI BAHAN API YANG LEBIH BESAR
Kapasiti 4.6L lebih besar untuk jarak tunggangan yang lebih jauh.
>> SPEEDOMETER DIGITAL BAHARU
Meter digital bergaya dengan fungsi paparan maklumat, lebih jelas dalam pelbagai cuaca dan keadaan tunggangan.
>> LAMPU HADAPAN LED & LAMPU PILOT BAHARU
Rekaan baharu lampu hadapan serta lampu pilot melengkapi bentuk agresif keseluruhan Yamaha 135LC Fi ini.
Enjin
Jenis Enjin Sejukan Cecair, 4- Lejang, SOHC, 4-Injap
Susunan Silinder Silinder Tunggal
Lubang X Lejang 54.0 X 58.7 mm
Nisbah Mampatan 10.9:1
Kuasa Maksimum 9.3kW / 8,000rpm
Tork Maksimum 12.2Nm / 6,000rpm
Sistem Penghidup Elektrik
Pelinciran Takungan Basah
Isipadu Minyak Enjin 0.9L
Isi Tangki Bahan Api 4.6L
Sistem Nyalaan TCI
Jenis Bateri 12V 3.5Ah
Jenis Plug NGK / CR8E
Jenis Klac Basah, Cakera Berganda
Jenis Transmisi Constant Mesh, 4-Kelajuan
Reviews
There are no reviews yet.