Website Design Ni Ada Sesuatu Yang Tidak Kena!
Statistik website design adalah satu ilmu yang anda perlu ketahui . Mari kita buat contoh. Anda telah melancarkan design baru bagi website anda tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Kemudian, anda pun menyemak analitik dan anda pun bermonolog sendirian.
“Hmm pelik lah. Pengguna yang mengunjungi laman web ni masih ada. Masih dalam jumlah yang sama. Identiti jenama baru hebat dah ni. Semua yang ada di website ni pun nampaknya berfungsi juga. Tapi, tak ada siapa pun beli produk aku.”
Pernah lalui masalah macam ni? Jadi, apa sebenarnya yang salah? Kat mana yang silap ni? Sedihnya, itu bukan soalan yang mudah untuk dijawab. Tapi, jawapannya mungkin terdapat pada penampilan website anda..
Anda Tahu Atau Tidak?
Anda tahu anda perlu merancang website syarikat yang menarik pelanggan sasaran anda dan membuat pelanggan berada lama dengan ada supaya anda boleh tahu tujuan mereka, nilai mereka, dan pain points.
Kalau dalam bahasa Melayu, saya kurang pasti apa istilah yang tepat baginya tapi kalau dalam bahasa Inggeris disebut pain points. Pain points ni merujuk kepada masalah khusus yang dialami bakal pelanggan perniagaan anda dan dengan kata lain, anda boleh menganggap pain points ni sebagai masalah, plain, dan simple.
Tetapi, bagaimana untuk kecapi semua yang anda inginkan ni? Mari saya kongsi dengan anda semua tentang statistik website design yang dapat membantu anda:
Baca Lanjut: 3 Statistik Internet Setiap Perniagaan Perlu Ambil Tahu Tahun 2020
Kepentingan Website Design
Sebelum kita menyelami apa yang membuat sesebuah website design itu bagus, berikut adalah 5 statistik yang membuktikan mengapa penampilan website anda penting. Sama juga penting dia dengan kandungan dalam website yang anda kongsikan, atau produk, servis yang anda jual.
5 Statistik Website Design Yang Anda Perlu Tahu!
#1. 75% orang menentukan kredibiliti perniagaan berdasarkan penampilan website.
Merujuk kepada laporan Stanford, beliau mendapati bahawa tiga perempat orang akan menilai sebuah syarikat berdasarkan reka bentuk website. Ini mempengaruhi perasaan dan tempat mereka dalam perjalanan pengguna atau user journey.
#2. 94% orang mengatakan website design adalah alasan mereka tidak mempercayai website.
Sekiranya statistik di atas tidak cukup mengejutkan bagi anda, pertimbangkan kajian ini untuk perniagaan kecil anda. Sekiranya website anda tidak mudah dilihat, anda tidak akan dipercayai oleh pelanggan anda. Saya ada sentuh perkara ini di artikel yang sebelumnya. Sekiranya pelanggan tidak percaya dengan anda, itu akan mempengaruhi keseluruhan proses perjalanan pelanggan atau customer journey. Hal ini juga menyebabkan segalanya daripada trafik website hingga ke sales, pengguna tidak akan membeli dengan perniagaan yang mereka tidak percaya.
#3. 94% orang ada 1st impression berkaitan reka bentuk website.
Nama pun 1st impression kan? Mesti lah peluang itu datang sekali sahaja. Anda tak akan pernah dapat dah peluang kali kedua untuk 1st impression ni. Jadi, penting untuk anda mempunyai reka bentuk website yang menarik pada awal lagi.
Kesan buruk pertama sekiranya hal ini terjadi adalah membuatkan kejayaan website anda terbantut. Namun, anda tak ada masa untuk memenangi hati semua pengguna di website anda.
Kajian menunjukkan bahawa 94% orang terpengaruh dengan 1st impression mereka terhadap sesebuah website. Sekiranya website anda tidak menarik, mereka tidak akan tinggal di website anda untuk jangka masa yang lama. Sebab itu lah kredibiliti perniagaan dan kepercayaan pelanggan terhadap anda sering tidak diambil peduli. Puncanya hanya satu iaitu reka bentuk website.
0.05 Saat Sahaja Diperlukan
#4. Ya! Hanya 0.05 saat sahaja diperlukan oleh pengguna untuk membentuk satu pendapat tentang website anda!
Sekiranya reka bentuk anda tidak dapat mengagumkan mereka dalam jangka waktu yang pendek itu, o.o5 saat, mereka akan membentuk satu pendapat yang negatif mengenai website anda dan potensi untuk mereka tekan butang “Keluar” adalah sangat tinggi. Hal ini selalu terjadi apabila reka bentuk website pesaing kita lebih baik dan menarik daripada kita.
#5. 60% daripada pembeli mengatakan kebolehgunaan website penting bagi mereka
Saya tak menafikan yang pembelian secara online sekarang semakin meningkat. Hampir setiap industri mempunyai kepentingan yang tersendiri tetapi, sekiranya anda berada dalam dunia E-Commerce khususnya, peluang anda untuk mendapatkan pelanggan yang tinggi harus bergerak seiring dengan reka bentuk website yang gempak!
Ini kerana 6 daripada 10 pembeli mengatakan kebolehgunaan website itu penting ketika mereka ingin membeli belah dalam talian menurut kajian Statista.
Kesimpulannya,
Pembinaan website dengan reka bentuk yang menarik adalah penting untuk menarik pelanggan dengan lebih ramai lagi kerana pelanggan pada hari ini sudah bijak. Mereka tahu apa yang mereka mahukan dan inginkan yang terbaik sahaja untuk diri mereka.
Jadi, kita sebagai pemilik perniagaan yang menjual produk atau servis, mesti lah juga bijak dalam menangani masalah yang mereka hadapi. Semoga kita semua berjaya memberikan yang terbaik kepada masyarakat, bangsa. dan negara.