Facebook sebagai medium pemasaran adalah satu platform media sosial yang terbesar di dunia iaitu mempunyai lebih daripada 2.41 bilion pengguna bulanan yang aktif. Secara tidak langsung, ini menjadikan Facebook sebagai sebuah platform yang tiada tandingan untuk pemasaran dalam talian dengan menawarkan peluang yang sangat besar untuk mana – mana perniagaan.
Walaupun Facebook boleh menjangkau berjuta – juta pengguna tetapi tanpa alat pemasaran yang khusus, produk dan servis tak akan berkesan! Alat pemasaran Facebook yang khusus akan membantu anda menyasarkan target pasaran yang tepat.
Canva
Anda pasti tahu betapa pentingnya kandungan visual dalam pemasaran media sosial. Canva adalah alat reka bentuk atau image creation tool yang luar biasa di mana ia membolehkan anda membuat grafik yang menawan dan menarik. Setelah siap mereka bentuk, anda boleh kongsi ke halaman Facebook.
Alat ini boleh digunakan untuk banyak perkara seperti Facebook Banner, infografik, poster, logo, dan banyak lagi. Sekiranya anda perlu mengubah hasil reka bentuk anda, jangan risau. Semua hasil reka bentuk anda akan disimpan di akaun Canva dan tidak akan hilang.
Canva ini adalah percuma dan boleh diakses oleh semua orang tetapi beberapa gambar, susun atur, elemen dalam mereka bentuk akan dikenakan sedikit bayaran.
Masih banyak lagi informasi yang ingin kami kongsikan bersama anda. Ikuti perkembangan kami dari semasa ke semasa supaya anda tak tertinggal apa – apa info yang berguna. Nantikan posting kami seterusnya!
Tapi, kalau anda masih keliru cara untuk memasarkan perniagaan anda, kami ada jawapannya!
Klik link ini SEKARANG untuk kami bantu anda!